S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik
ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan
Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya
Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah
pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di
dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau
berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau
dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam
bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan
cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa
berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu
babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke
dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa
pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan
dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan
penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai
saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab
pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh
berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa
yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.
Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan
Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan
hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.",
tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa
a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga
nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu
Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana
dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah
Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang
soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam
neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia
berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan
ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik
di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita
itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh
kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan
urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T
supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat
tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para
ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan
melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua
ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang
terbaik di
sisi Allah.







0 komentar:
Posting Komentar