Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah
menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah
S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan
Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang
sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia
bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan
menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan
kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah
membacaku di
waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :
"Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah
membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan
kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi
perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua,
pada hal amal kami
tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu
telah mempelajari
Al-Qur'an."







0 komentar:
Posting Komentar