Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang
masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara
Nabi-Nabi
yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan
ada yang
hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi
itu, pada
suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok
engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke
barat. Engkau
dikehendaki berbuat:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya
menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit
besar berwarna
hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku
diperintahkan memakan
pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil
yang tidak
dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan
hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan
diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun
mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis
bagaikan madu.
Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula
dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya
supaya
disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang
lalu ditanamkan
mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba
mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga
tiga kali
berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu
keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor
burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah
burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah
aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia
pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan
keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil
berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu
sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari
rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang
keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan
diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun
terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak
lama kemudian
dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka
dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang
menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka
kembalilah Nabi
ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya
dia berkata,
"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu
sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti
semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar
seperti bukit
tetapi pada akhirnya jika
bersabar dan dapat
mengawal serta menahannya, maka marah itu pun
akan menjadi lebih manis
daripada
madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka
ia tetap
akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu
khianat
kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya
demi
membantu kepadanya meskipun kau
sendiri berhajat. 5. Bau yang busuk itu ialah ghibah
(menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang
sedang duduk
berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita
semaikan dalam diri
kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku
dalam kehidupan
kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan
setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka
mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal
seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan
di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala
yang tidak
pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah,
sesungguhnya pahala
yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia
dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang
yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa
walaupun apa yang
kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan
merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal
orang walaupun
ia benar.
ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz,
apabila di dalam
amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah
terhadap saudaramu
(muslimin).
· Bacalah Al-Qur'an
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau
tanggungkan
dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang
lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas
mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal
perbuatan
akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya
orang
takut kepada perangaimu
yang tidak
baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang
lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang
lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan
ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh
anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi
(bintang-bintang) yang
berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di
dalam neraka yang
akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan
lisannya, dan
anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah
yang dapat bertahan terhadap
keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah
lagi ringan bagi
orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah
S.W.T."